Selasa, 28 Mac 2023   (06 Ramadhan 1444 Hijri)
Selasa, 28 Mac 2023 (06 Ramadhan 1444 Hijri)
IMSAK 05:57am | SUBUH 06:07am | SYURUK 07:14am | ZOHOR 1:21pm | ASAR 4:22pm | MAGHRIB 7:24pm | ISYAK 8:33pm

Hasil Kajian & Penulisan

Hasil Kajian & Penulisan yang telah dihasilkan dalam isu-isu semasa hal ehwal Islam
Tahun :
Hingga
Carian :
19 rekod dijumpai
Bil
Senarai Hasil Kajian & Penulisan (Disusun mengikut yang terkini)
1
Tajuk :
Etika Dakwah dalam Perbahasan Perbandingan Agama
Tahun :
2021
Abstrak :

Kajian ini memfokuskan tentang etika atau prinsip yang perlu ada bagi seseorang pendakwah dalam konteks perbandingan agama. Pematuhan kepada etika dakwah ini mampu memelihara keamanan dan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia secara khususnya. Selain itu, kajian ini juga berperanan untuk mengenalpasti isu-isu dan permasalahan berkaitan dakwah yang timbul antara penganut-penganut agama. Isu-isu dan permasalahan yang berlaku perlu diatasi dengan kebijaksanaan dalam kadar segera sebelum menjadi lebih serius. Kajian ini juga memberi focus kepada konsep dan prinsip etika berdakwah yang terdapat dalam ajaran Islam terutamanya berkaitan hal ehwal perbandingan agama. Sekiranya prinsip etika dalam Islam diamalkan secara konsisten, sudah tentu agama Islam dipandang tinggi oleh penganut agama lain. Kajian ini juga menyentuh skop perundangan dan peraturan sedia ada dalam mengatasi scenario semasa. Penggubalan dan penguatkuasaan undnag-undang yang  tegas mampu mencegah permasalahan antara agama ketika menyampaikan dakwah. Akhir sekali, kajian ini juga turut mengemukakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung dan mencegah isu-isu menghina agama yang boleh mencetuskan polemic serta konflik anatara penganut agama lain di Malaysia.


2
Tajuk :
Analisis Pengaruh Media Sosial dalam Pembudayaan Akhlak Remaja Digital
Tahun :
2021
Abstrak :

Perkembangan teknologi komunikasi ini telah mengubah gaya hidup remaja berbanding remaja sebelum ini kerana kehidupan remaja kini yang sangat bergantung dengan teknologi ini. Sungguhpun sama-sama bergelar remaja, tetapi kajian lalu mendapati wujud jurang yang ketara antara generasi kerana tahap capaian yang berbeza antara generasi ini dengan generasi sebelum ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji gaya dan sikap remaja dalam berinteraksi dengan maklumat di alam maya; mengkaji gaya dan sikap remaja dalam berinteraksi dengan orang lain dalam alam maya meliputi gaya Bahasa dan tingkah laku. Ia juga menganalisis tujuan dan keperluan remaja menggunakan kemudahan teknologi komunkasi digital yang mempengaruhi akhlak mereka dalam penggunaan media baharu. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji gaya hidup remaja dalam penggunaan media baharu dan elemen-elemen yang memberi kesan kepada mereka. Kajian ini, menggunakan kajian tinjauan nagi mendapatkan datadalam kalangan remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun. Seramai 1233 responden yang telah berjaya  menjawab soal selidik dari 4 zon iaitu zon utara, selatan tengah dan timur. Kajian mendapati hampir semua responden mempunyai capaian kepada media social dengan menggunakan telefon bimbit sendiri iaitu seramai 1099 orang (89.1%). Oleh itu, kajian menemui responden banyak bergantung kepada alam maya untuk mendapatkan maklumat dan majoriti tahap interaksi maklumat berada pada tahap sederhana (67.9%) berbanding dengan tinggi (26.1%) dan rendah (6%). Kajian menunjukkan tujuan utama responden menggunakan media social ialah untuk berhubung sama ada dengan rakan atau ahli keluarga. Dpaatan yang sangat tinggi ini sejajar dengan tujuan penggunaan media social yang utama iaitu untuk berhubung. Kajian juga menemui tahap kompeten responden dalam berkomunikasi menerusi media social berada pada tahap yang rendah (45.4%) dan sederhana (49.3%). Ini bermakna hampir separuh mereka yang boleh dianggap tidak kompeten dalam berkomunikasi menerusi media sosial. Dari sudut Bahasa pula, peratusan kekerapan pada tahap tinggi sebanyak 76.6%, manakala pada tahap sederhana ialah 22.1%. Dari sudut tingkah laku pula, tahap kompeten pada tahap yang tinggi sebanyak 86.1% manakala pada tahap sederhana ialah 13.6%. 


3
Tajuk :
Kajian Penentuan Tahap Tanggungjawab syariah Muslim Autisme
Tahun :
2020
Abstrak :

Individu Muslim dianggap sebagai mukalaf dan dipertanggungjawabkan terhadap semua kewajipan syarak setelah mencapai tahap akil baligh, sama ada melalui mimpi atau mencapai umur tertentu yang telah ditetapkan oleh ulama. Namun, tanggungjawab syariah ini dikecualikan kepada individu tertentu berdasarkan beberapa situasi bersandarkan hadis iaitu sabda Rasulullah SAW:

رُفِعَ القلم عن ثلاثةٍ: عن النَّائم حتى نونِ حتى يَعقِل

Maksudnya: Diangkat kalam (dosa) daripada tiga golongan : orang yang tidur sehingga dia jaga, kanak-kanak sehingga baligh dan orang gila sehingga dia berakal (Abū Dāwud t.th, Awwal Kitāb al-Hudūd, Bāb Fi al-Majnūn Yasriq Aw Yuṣīb Ḥaddan)


4
Tajuk :
KAJIAN PENGISBATAN ANAK BULAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH DAN ASTRONOMI
Tahun :
2020
Abstrak :

Alat bantuan optik seperti teleskop, teodolit, binokular telah digunakan dalam cerapan anak bulan, namun kadangkala anak bulan tidak juga kelihatan. Hal ini disebabkan kelemahan mata manusia dan faktor-faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan. Dengan berkembangnya teknologi cerapan, pelbagai instrumen dan teknik pengimejan telah diperkenalkan bagi membantu untuk melihat anak bulan


5
Tajuk :
Penggunaan E-Wallet Mengikut Perspektif Syarak
Tahun :
2020
Abstrak :

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai kemajuan teknologi semasa telah menimbulkan isu-isu Syariah baharu yang memerlukan hukum sesuatu perkara dapat dikeluarkan secara tuntas dan pantas. Terkini, Revolusi Industru 4.0 (IR 4.0) yang menjadikan Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (lOT) sebagai tunjang utama dalam hampir kesemua aspek kehidupan menyebabkan perlunya akan penilitian teliti terhadap isu-isu Syariah yang berkaitan dengannya. IR 4.0 turut memberi kesan langsung terhadap pelbagai bidang termasuk bidang perbankan dan kewangan islam. Antara aplikasi-aplikasi terkini yang dibangunkan bagi memudahkan sesuatu urusniaga berlaku secara atas talian penggunaan konsep e-money, top up prepaid dan e-dompet atau lebih dikenali sebagai e-wallet. Syakh Mustafa al-Zarqa apabila memperkatakan tentang kepatuhan Syariah dalam perniagaan menekankan keperluan sesuatu transaksi dan pelaburan mematuhi kepatuhan Syariah secara menyeluruh.

Namun sekiranya keharusan terlibat dengan perniagaan yang strategik bercampur perkara haram, beliau masih menekankan keperluan penyucian hasil daripada transaksi terbabit. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk menjelaskan isu-isu Syariah yang timbul dalam penggunaan aplikasi e-wallet, antaranya mengenalpasti kontak-kontrak yang digunakan dalam penggunaan e-wallet yang patuh syariah dan mengkaji kesan e-wallet yang tidak patuh Syariah terhadap perbankan Islam. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu merangkumi analisis kandungan menggunakan beberapa pendekatan analisis feqah perbandingan, analisis artikel, dokumen dan kajian lepas.

Dapatan kajian mendapati, terdapat isu-isu yang agak ketara yang memerlukan perbincangan dan analisis dari perspektif Syarak seperti pengaliran wang, aliran pendapatan, aliran dana dalam akaun operator, aliran pemberian ganjaran dan akaun perbankan yang digunakan bagi menempatkan wang dari pengguna. Kajian ini mengesyorkan garis panduan aplikasi e-wallet yang memenuhi kehendak Syariah melalui tiga parameter yang dicadangkan. Walaubagaimanapun kajian ini tidak mengkaji e-wallet luar negara dan hanya mengandaikan ia mempunyai dapatan yang sama sebagaimana kajian ini.


6
Tajuk :
Kajian Anak Tak Sah Taraf dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia
Tahun :
2020
Abstrak :

Penyelidikan dan kajian yang dijalankan ini adalah untuk membuat kajian secara lebih terperinci mengenai kedudukan anak tak sah taraf di Malaysia.Anak tak sah taraf adalah anak yang lahir daripada hasil benih yang terjadi sebelum pernikahan yang sah dijalankan atau anak yang lahir di luar pernikahan atau perkahwinan yang sah. Definisi anak tak sah taraf di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah berbeza dengan definisi anak tak sah taraf dari segi syarak.

Isu anak tak sah taraf ini adalah satu isu yang masih belum menemui jalan penyelesaian yang sempurna kerana ianya melibatkan juga isu undang-undang terhadap anak tak sah taraf ini. Di Malaysia, anak tak sah taraf ini adalah anak yang tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mereka tidak memiliki dokumen yang mencukupi untuk didaftarkan. Objektif utaman penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memfokuskan kepada definisi yang sebenar mengenai anak tak sah taraf menurut syarak dan juga Perundangan Islam di Malaysia. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor utama yang menyumbang kepada penambahan kes anak tak sah taraf di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga akan mencari hasil data yang sebenar akan bilangan anak tak sah taraf yang melibatkan orang Islam di Malaysia dari tahun 2014 sehingga tahun 2018.

Objektif kajian ini dijalankan juga adalah untuk mengusulkan syor penyelesaian yang perlu digunakan bagi menangani peningkatan anak tak sah taraf dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah metodologi secara kualitatif dan kuantitatif. Metodologi kualitatif kajian ini melibatkan temu bual bersama responden, pengumpulan maklumat-maklumat daripada kitab-kitab turath serta kaedah Focus group discussion (FGD) iaitu temu bual secara berkumpulan berfokus bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan isu anak tak sah taraf ini. Selain itu, metodologi kuantitatif pula adalah maklumat yang diperolehi daripada analisis data-data yang berkaitan dengan isu anak tak sah taraf. Dengan itu, penyelidikan yang akan dijalankan terhadap kajian ini akan lebih focus dan serta dapat menghasilkan maklumat yang lebih tepat serta lebih terperinci.


7
Tajuk :
Mata Wang Kripto (Cryptocurrency) Satu Analisa Syarak
Tahun :
2019
Abstrak :

Mata wang kripto yang dihasilkan melalui kaedah cryptography merupakan “aset” digital yang kebanyakannya bersifat tidak berpusat (decentralised) dari sudut penghasilan, penggunaan dan regulasi. Berasaskan teknologi blockchain, cryptocurrency pertama yang dikenali sebagai bitcoin telah dikeluarkan pada tahun 2009. Selepas itu, berbagai jenis mata wang kripto telah dikeluarkan di seluruh dunia. Disebabkan oleh ciri-cirinya yang “unik”, kaedah pengeluaran dan penggunaanya yang kompleks, ianya telah menjadi topik perbincangan yang mencetuskan kontrovesi dan polemik di kalangan ilmuan dan masyarakat awam.

Berasaskan kepada kepentingan tajuk ini dan kelopongan kajian Syariah yang komprehensif mengenainya, projek ini telah diketengahkan untuk menganalisa kedudukan mata wang kripto dari perspektif fikah. Adalah amat kritikal untuk memahami kedudukan mata wang kripto dari segi fikah sebelum isu-isu syariah lain berkaitan dengannya ditangani. Jika ianya boleh diterima dari segi fikah, beberapa parameter mengenai kegunaannya akan juga dikemukakan. Secara ringkasnya, kajian ini akan memberi tumpuan ke atas beberapa isu yang utama berkaitan mata wang kripto dan teknologi blockchain.


8
Tajuk :
Mukhannath Menurut Fiqh dan Perubahan Serta Kaitannya dengan Transgender
Tahun :
2019
Abstrak :

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan definisi mukhannath dari perspektif Fiqh dan perubatan serta menerangkan pembahagiannya agar dapat menentukan di manakah posisi transgender atau mak nyah dalam konteks mukhannath ini. Di samping itu, penyelidik mengenalpasti beberapa isu dan permasalahan Fiqh yang berkaitan dengan mukhannath, seterusnya menjelaskan kemusykilan hukum yang berkaitan golongan ini. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metodologi analisis dokumen di mana kitab Fiqh terdahulu dan terkini menjadi sumber utama rujukan, di samping buku, jurnal dan kajian perubatan yang membincangkan isu mukhannath dan transgender. Selain itu, penyelidik menemu bual peserta kajian yang terdiri daripada pakar Syariah, pakar perubatan, golongan transgender serta ahli keluarga mereka untuk mengetahui kefahaman mereka tentang mukhannath dan isu atau permasalahan yang berkaitan mukhannath. Dapatan kajian mendapati mukhannath secara asasnya didefinisikan sebagai lelaki yang berpewatakan lembut seperti wanita sama ada dari sudut pertuturan atau kelakuan dan ia dibahagikan kepada dua golongan iaitu mukhannath khalqi (semulajadi) dan mukhannath ghayr khalqi (bukan semulajadi). Kajian juga mendapati golongan transgender atau mak nyah termasuk dalam kategori mukhannath ghayr khalqi (bukan semulajadi). Golongan mukhannath khalqi tidak termasuk dalam laknat hadis, manakala perlakuan mukhannath ghayr khalqi tidak diiktiraf dan dilaknat oleh Rasulullah SAW. Definisi mukhannath yang tuntas dan status yang jelas dapat membetulkan salah faham dan kekeliruan khususnya di kalangan golongan aktivis transgender serta masyarakat umumnya. Di akhir kajian, penyelidik melontarkan beberapa syor dan cadangan bagi menangani perlakuan mukhannath atau transgender.


9
Tajuk :
Isu Perkahwinan Warga Rohingya di Malaysia
Tahun :
2019
Abstrak :

Laporan ini membahaskan isu dan permasalahan yang melibatkan perkahwinan warga Rohingya di Malaysia. Sebanyak Sembilan objektif kajian telah dicapai dalam kajian ini merangkumi isu data jumlah pelarian yang berada di Malaysia, data perkahwinan warga Rohingya di Malaysia, tata cara perkahwinan, mazhab dan kaedah rekod yang digunakan bagi menentukan status perkahwinan dan sebagainya. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif menggunakan pendekatan kajian kes mengingtegrasi instrument temubual separa berstruktur (semi structured interview), analisis rekod dan pemerhatian (observation). Sebanyak 7 Jabatan Agama Islam Negeri yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini seperti: (JAWI), (JAHEIK), (JAIK), (JAIS), (JAIJ), (JAIM), (JAIP), dan agensi kerajaan persekutuan seperti

TAHUN 2019

 

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen Malaysia (IMI), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan badan bebas seperti United Nations High Commision For Refugees (UNHCR), Majlis Ulama Rohingya (MUR) dan 3 individu warga Rohingya mewakili 3 zon yang berbeza (utara, timur, tengah).

Dapatan kajian dihuraikan dalam bentuk tema utama dan sub-tema bagi mencapai objektif kajian ini. Sebanyak lebih 20 tema dihasilkan. Antaranya seperti angka pelarian yang berada di Malaysia yang berdaftar dengan UNHCR seramai 178,589 yang mana 99,292 (51%) daripadanya adalah warga Rohingya. Dapatan juga menunjukkan jumlah perkahwinan warga Rohingya di Malaysia, tata cara perkahwinan, mazhab dan kaedah rekod yang digunakan bagi menentukan status perkahwinan, syarat pengesahan perkahwinan jabatan agama islam negeri (JAIN) mempunyai syarat yang berbeza-beza serta proses 4P (Perintah, Pengesahan, Pendaftaran, Perkahwinan). Dapatan kajian menunjukkan peranan Majlis Ulama Rohingya (MUR) dalam mengendalikan perkahwinan warga Rohingya. Implikasi daripada kajian ini ialah keperluan kepada penyelarasan di antara agensi agama bagi menambah baik dan menyelaras prosedur, perkongsian data, penyelarasan dan penguatkuasaan polisi dan undang-undang berkaitan dokumentasi lengkap bagi perkahwinan dan perceraian.

Perlu diberi perhatian isu-isu sosial melibatkan warga Rohingya yang berdepan cabaran menyara kehidupan di Malaysia, peluang pendidikan dan kebajikan anak-anak sukar didaftarkan juga masalah kesihatan yang serius. Cadangan agensi dan pemegang taruh yang terlibat agar kerajaan mewujudkan mekanisma dan pangkalan data digital yang khusus untuk mendaftar golongan pati atau pemegang kad UNHCR. Majoriti agensi mengesyorkan supaya semua urusan pendaftaran diselaraskan menggunakan sistem SPPIM di seluruh negara. Dicadangkan supaya kerajaan mengiktirafkan Majlis Ulama Rohingya (MUR) sebagai badan berdaftar dan kajian lanjutan menyeluruh melibatkan semua warga pelarian.


10
Tajuk :
Kajian Hukum Konsep Minda Bawah Sedar (Sub-Conscious Mind) dalam Latihan Minda dan Spiritual
Tahun :
2018
Abstrak :

Kursus-kursus berkaitan latihan minda bawah sedar (subconscious mind) mula mendapat perhatian masyarakat. Pelbagai jenis dan jenama ditawarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Persoalan timbul apabila teori dan teknik yang diterapkan dalam latihan tersebut lebih menekankan aspek potensi dan kekuatan diri selain mengaplikasi hypnosis dan meditasi. Kajian ini dijalankan untuk meneliti konsep minda bawah sedar (subconscious mind), bermula dari definisi, sejarah dan praktisnya hinggalah kepada penggunaan teknik-teknik seperti hypnosis dan meditasi dalam latihan minda dan spiritual. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai sama ada konsep minda bawah sedar serta kaedah latihan yang digunakan selari dengan syariah atau sebaliknya. Memandangkan kajian ini melibatkan perentasan beberapa bidang ilmu iaitu bidang fiqah, usuluddin, tasawuf, pengubatan Islam, psikologi, kejiwaan serta aspek praktikal berkaitan latihan minda bawah sedar, maka kajian ini melibatkan dua pendekatan iaitu: 1) kajian perpustakaan untuk mengkaji dan menganalisa teori serta konsep yang berkaitan; 2) kajian lapangan untuk melihat dan meneliti kaedah yang digunakan dalam latihan minda bawah sedar secara realiti dan praktikal melalui penyertaan dalam kursus dan juga temubual bersama jurulatih. Penemuan awal kajian ini dibentangkan kepada panel pakar untuk mendapatkan ulasan dan pandangan mereka. Hasil kajian ini akan membantu pihak berkuasa untuk menilai dan menentukan hukum penggunaan minda bawah sedar dan teknik-teknik latihan yang digunakan. Disamping itu, kajian ini akan membantu pihak berkaitan untuk merangka pelan tindakan yang bersesuaian terhadap isu-isu yang ditimbulkan.