“Warga media
penyiaran perlu memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada untuk membentuk
kemanusiaan, akhlak dan pemikiran masyarakat pada hari ini.
Mengajak masyarakat sentiasa hormat
menghormati dan berkasih sayang antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, juga
merupakan dakwah. Membangkitkan semangat cintakan negara melalui suntikan
sejarah juga merupakan satu dakwah."
Demikian antara petikan ucapan YB Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Majlis Pertemuan dan
Perbincangan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama
Industri Penyiaran Malaysia pada 30 Ogos 2022 bertempat di
Hotel Tenera, Bangi –
Libat urus antara agensi Persekutuan dan industri
memberi impak positif dalam memantapkan industri penyiaran agar lebih terpandu.
Puan Mediha Mahmood, Pengarah Eksekutif, Communication and Multimedia Content
Forum (CMCF) turut berkongsi berkaitan Kod Etika Kandungan.
Majlis
yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini mendapat respon yang positif
daripada pihak industri penyiaran, penerbit dan pengarah produksi tempatan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee,
Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM,
YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Paduka
Zakaria bin Stapa.
Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam (JPMBI) dan
Sahibus Samahah Dato Haji Yahya bin Ahmad, Mufti
Kerajaan Negeri Johor Majlis
diserikan lagi dengan majlis pelancaran Pusat Penyelidikan Hadith.