Khamis, 21 November 2024   (19 Jamadilawal 1446 Hijri)
Khamis, 21 November 2024 (19 Jamadilawal 1446 Hijri)
IMSAK 05:40am | SUBUH 05:50am | SYURUK 06:59am | ZOHOR 1:02pm | ASAR 4:24pm | MAGHRIB 7:00pm | ISYAK 8:13pm

Hasil Kajian & Penulisan

Hasil Kajian & Penulisan yang telah dihasilkan dalam isu-isu semasa hal ehwal Islam
Tahun :
Hingga
Carian :
42 rekod dijumpai
Bil
Senarai Hasil Kajian & Penulisan (Disusun mengikut yang terkini)
1
Tajuk :
KAJIAN HUKUM MENGENAI KESAN PERMAINAN DIGITAL TERHADAP MASYARAKAT
Tahun :
2022
Abstrak :

Muktahir ini, permainan digital semakin luas berkembang. Kedatangan Covid-19 telah menjadikan ia sebagai satu alternative yang mudah kerana anak-anak tidak dapat bermain di luar rumah seperti biasa. Namun demikian, masyarakat mempunyai persepsi bahawa permainan digital memberi kesan yang kurang disenangi dan membawa gejala yang kurang sihat. Persepsi ini adalah sangat ketara bagi permainan digital yang dianggap ada unsur keganasan. Justeru, kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui kesan positif dan negatif permainan digital dan juga mengenalpasti ciri-ciri permainan digital yang berupaya memberi kesan terhadap pemainnya. Kajian ini juga mencadangkan hukum serta parameter yang menyeluruh dalam menangani isu-isu permainan digital berunsurkan keganasan ini. Terdapat 3 metode pengumpulan data; pertama, kajian perpustakaan iaitu kajian-kajian akademik berkaitan permainan digital yang dikumpul untuk memahami teknikaliti permainan digital dan kesan-kesan permainan terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi pemainnya. Kedua, kajian kualitatif iaitu temubual dengan pakar psikiatri, pasikologi, agamawan, pemain industri dan usahawan permainan digital. Temubual bersama pakar ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan kerana mereka berada di lapangan dan berhdapan dengan keadaan semasa. Ketiga, kajian kuantitatif iaitu kaji selidik yang dijalankan kepada pemain dan masyarakat untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap permainan digital.

Berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan, kami menyediakan laporan bagi 4 jenis dapatan kajian. Pertama, kajian perpustakaan (literature review) iaitu pengumpulan dapatan dari kajian-kajian sebelumnya yang kebanyankan telah dijalankan di negara-negera barat. Kedua, kajian soal-selidik yang dijalankan dalam kalangan pemain dan bukan pemain di Malaysia. Ketiga, perbincangan bersama pakar dari bidang permainan, pembangunan, perubatan dan syraiah. Akhir sekali adalah dapatan daripada temubual bersama Mufti Wilayah Persekutuan. Secara umumnya, hukum permainan digital yang mempunyai unsur keganasan adalah harus berasaskan dua justifikasi iaitu, hukum asal ke atas sesuatu perkara adalah harus selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya, sebagaimana dinyatakan dalam kaedah fiqh dan hadith Hanzalah RA. Namun begitu, perubahan hukum taklifi akan berlaku apabila para pemain melanggar ciri-ciri penilaian kepatuhan yang disarankan dalam kajian ini.


2
Tajuk :
ETIKA DAKWAH DALAM PERBAHASAN PERBANDINGAN AGAMA
Tahun :
2021
Abstrak :

Kajian ini memfokuskan tentang etika atau prinsip yang perlu ada bagi seseorang pendakwah dalam konteks perbandingan agama. Pematuhan kepada etika dakwah ini mampu memelihara keamanan dan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia secara khususnya. Selain itu, kajian ini juga berperanan untuk mengenalpasti isu-isu dan permasalahan berkaitan dakwah yang timbul antara penganut-penganut agama. Isu-isu dan permasalahan yang berlaku perlu diatasi dengan kebijaksanaan dalam kadar segera sebelum menjadi lebih serius. Kajian ini juga memberi focus kepada konsep dan prinsip etika berdakwah yang terdapat dalam ajaran Islam terutamanya berkaitan hal ehwal perbandingan agama. Sekiranya prinsip etika  dalam Islam diamalkan secara konsisten, sudah tentu agama Islam dipandang tinggi oleh penganut agama lain. Kajian ini juga menyentuh skop perundangan dan peraturan sedia ada dalam mengatasi scenario semasa. Penggubalan dan penguatkuasaan undnag-undang yang tegas mampu mencegah permasalahan antara agama ketika menyampaikan dakwah. Akhir sekali, kajian ini juga turut mengemukakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung dan mencegah isu-isu menghina agama yang boleh mencetuskan polemic serta konflik anatara penganut agama lain di Malaysia.


3
Tajuk :
PENENTUAN TAHAP TANGGUNGJAWAB SYARIAH MUSLIM AUTISME
Tahun :
2021
Abstrak :

Individu Muslim dianggap sebagai mukalaf dan dipertanggungjawabkan terhadap semua kewajipan syarak setelah mencapai tahap akil baligh, sama ada melalui mimpi atau mencapai umur tertentu yang telah ditetapkan oleh ulama. Namun, persoalan timbul terhadap status tanggungan syariah individu autisme sekiranya mereka melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang melanggar hukum syarak. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji ciri-ciri dan kategori individu Muslim autisme, mengkaji status al-ahliyyah individu Muslim autisme dalam menentukan tanggungjawab syariah merangkumi aspek ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah syariah.

Metodologi kajian ialah kualitatif dengan analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur bersama responden daripada kalangan ibubapa, guru dan individu autisme. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema bersesuaian. Hasil kajian merumuskan Muslim yang menghidap Kecelaruan Spektrum Autisme (Autisme Spectrum Disorder: ASD) mempunyai ciri-ciri kekurangan yang berterusan dalam interaksi sosial dan komunikasi seperti tingkah laku yang terhad dan mempunyai minat atau melakukan aktiviti secara berulang-ulang. Terdapat tiga kategori bagi tahap keparahan autisme iaitu tahap 1 memerlukan sokongan, tahap 2 memerlukan sokongan yang banyak dan tahap 3 memerlukan sokongan yang sangat banyak.

Oleh itu, kajian merumuskan status al-ahliyyah individu autisme termasuk dalam golongan ma’itu iaitu golongan yang sedikit kefahamannya, mempunyai pertuturan yang bercampur aduk dan pengurusan yang tidak efisien secara semulajadi. Hukumnya adalah seperti kanak-kanak kecil yang mumayyiz iaitu mempunyai kelayakan untuk menjalankan tanggungjawab secara tidak sempurna. Oleh itu, penghidap autisme Muslim tidak diwajibkan untuk melakukan ibadah walaupun telah mencapai umur baligh kerana tahap akal mereka adalah seperti kanak-kanak yang mumayyiz. Namun demikian, mereka sewajarnya dididik untuk melakukan ibadah seharian dan tidak meninggalkannya sekadar yang bersesuaian dengan kefahaman akal mereka kerana ibadah yang mereka lakukan adalah sah jika memenuhi syarat-syarat ibadah berkenaan.

Dalam aspek muamalat, mereka tidak boleh melakukan transaksi kecuali dengan pemantauan dan keizinan ibubapa atau penjaga. Hukum pernikahan mereka adalah sah dan wali patut mengizinkan terutama jika terdapat kecenderungan mereka untuk berkahwin dengan syarat ada kemaslahatan kepada individu tersebut. Pandangan pakar autisme mendapati, tanpa bimbingan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan  (ikhtiyar) dan tidak memahami mengenai kesalahan perbuatan yang dilakukan (idrak). Oleh itu, mereka layak dikecualikan daripada sebarang hukuman di atas jenayah dan kesalahan yang dilakukannya. Namun begitu, hakim boleh mengenakan hukuman yang berbentuk ta’dib dengan tujuan untuk mendidik mereka supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukannya itu. Dari segi obligasi/tanggungjawab, jika melibatkan hak-hak manusia, individu autisme boleh dikenakan tanggungjawab pampasan/diyat terhadap jenayah ke atas diri. Namun demikian, pampasan dan ganti rugi tersebut dilaksanakan oleh ibubapa atau penjaga mereka.   


4
Tajuk :
Analisis Pengaruh Media Sosial dalam Pembudayaan Akhlak Remaja Digital
Tahun :
2021
Abstrak :

Perkembangan teknologi komunikasi ini telah mengubah gaya hidup remaja berbanding remaja sebelum ini kerana kehidupan remaja kini yang sangat bergantung dengan teknologi ini. Sungguhpun sama-sama bergelar remaja, tetapi kajian lalu mendapati wujud jurang yang ketara antara generasi kerana tahap capaian yang berbeza antara generasi ini dengan generasi sebelum ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji gaya dan sikap remaja dalam berinteraksi dengan maklumat di alam maya; mengkaji gaya dan sikap remaja dalam berinteraksi dengan orang lain dalam alam maya meliputi gaya Bahasa dan tingkah laku. Ia juga menganalisis tujuan dan keperluan remaja menggunakan kemudahan teknologi komunkasi digital yang mempengaruhi akhlak mereka dalam penggunaan media baharu. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji gaya hidup remaja dalam penggunaan media baharu dan elemen-elemen yang memberi kesan kepada mereka. Kajian ini, menggunakan kajian tinjauan nagi mendapatkan datadalam kalangan remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun. Seramai 1233 responden yang telah berjaya  menjawab soal selidik dari 4 zon iaitu zon utara, selatan tengah dan timur. Kajian mendapati hampir semua responden mempunyai capaian kepada media social dengan menggunakan telefon bimbit sendiri iaitu seramai 1099 orang (89.1%). Oleh itu, kajian menemui responden banyak bergantung kepada alam maya untuk mendapatkan maklumat dan majoriti tahap interaksi maklumat berada pada tahap sederhana (67.9%) berbanding dengan tinggi (26.1%) dan rendah (6%). Kajian menunjukkan tujuan utama responden menggunakan media social ialah untuk berhubung sama ada dengan rakan atau ahli keluarga. Dpaatan yang sangat tinggi ini sejajar dengan tujuan penggunaan media social yang utama iaitu untuk berhubung. Kajian juga menemui tahap kompeten responden dalam berkomunikasi menerusi media social berada pada tahap yang rendah (45.4%) dan sederhana (49.3%). Ini bermakna hampir separuh mereka yang boleh dianggap tidak kompeten dalam berkomunikasi menerusi media sosial. Dari sudut Bahasa pula, peratusan kekerapan pada tahap tinggi sebanyak 76.6%, manakala pada tahap sederhana ialah 22.1%. Dari sudut tingkah laku pula, tahap kompeten pada tahap yang tinggi sebanyak 86.1% manakala pada tahap sederhana ialah 13.6%. 


5
Tajuk :
Etika Dakwah dalam Perbahasan Perbandingan Agama
Tahun :
2021
Abstrak :

Kajian ini memfokuskan tentang etika atau prinsip yang perlu ada bagi seseorang pendakwah dalam konteks perbandingan agama. Pematuhan kepada etika dakwah ini mampu memelihara keamanan dan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia secara khususnya. Selain itu, kajian ini juga berperanan untuk mengenalpasti isu-isu dan permasalahan berkaitan dakwah yang timbul antara penganut-penganut agama. Isu-isu dan permasalahan yang berlaku perlu diatasi dengan kebijaksanaan dalam kadar segera sebelum menjadi lebih serius. Kajian ini juga memberi focus kepada konsep dan prinsip etika berdakwah yang terdapat dalam ajaran Islam terutamanya berkaitan hal ehwal perbandingan agama. Sekiranya prinsip etika dalam Islam diamalkan secara konsisten, sudah tentu agama Islam dipandang tinggi oleh penganut agama lain. Kajian ini juga menyentuh skop perundangan dan peraturan sedia ada dalam mengatasi scenario semasa. Penggubalan dan penguatkuasaan undnag-undang yang  tegas mampu mencegah permasalahan antara agama ketika menyampaikan dakwah. Akhir sekali, kajian ini juga turut mengemukakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung dan mencegah isu-isu menghina agama yang boleh mencetuskan polemic serta konflik anatara penganut agama lain di Malaysia.


6
Tajuk :
ANALISIS PENGARUH MEDIA SOSIAL DALAM PEMBUDAYAAN AKHLAK REMAJA DIGITAL
Tahun :
2021
Abstrak :

Perkembangan teknologi komunikasi ini telah mengubah gaya hidup remaja berbanding remaja sebelum ini kerana kehidupan remaja kini yang sangat bergantung dengan teknologi ini. Sungguhpun sama-sama bergelar remaja, tetapi kajian lalu mendapati wujud jurang yang ketara antara generasi kerana tahap capaian yang berbeza antara generasi ini dengan generasi sebelum ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji gaya dan sikap remaja dalam berinteraksi dengan maklumat di alam maya; mengkaji gaya dan sikap remaja dalam berinteraksi dengan orang lain dalam alam maya meliputi gaya Bahasa dan tingkah laku. Ia juga menganalisis tujuan dan keperluan remaja menggunakan kemudahan teknologi komunkasi digital yang mempengaruhi akhlak mereka dalam penggunaan media baharu. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji gaya hidup remaja dalam penggunaan media baharu dan elemen-elemen yang memberi kesan kepada mereka. Kajian ini, menggunakan kajian tinjauan nagi mendapatkan datadalam kalangan remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun. Seramai 1233 responden yang telah berjaya  menjawab soal selidik dari 4 zon iaitu zon utara, selatan tengah dan timur. Kajian mendapati hampir semua responden mempunyai capaian kepada media social dengan menggunakan telefon bimbit sendiri iaitu seramai 1099 orang (89.1%). Oleh itu, kajian menemui responden banyak bergantung kepada alam maya untuk mendapatkan maklumat dan majoriti tahap interaksi maklumat berada pada tahap sederhana (67.9%) berbanding dengan tinggi (26.1%) dan rendah (6%). Kajian menunjukkan tujuan utama responden menggunakan media social ialah untuk berhubung sama ada dengan rakan atau ahli keluarga. Dpaatan yang sangat tinggi ini sejajar dengan tujuan penggunaan media social yang utama iaitu untuk berhubung. Kajian juga menemui tahap kompeten responden dalam berkomunikasi menerusi media social berada pada tahap yang rendah (45.4%) dan sederhana (49.3%). Ini bermakna hampir separuh mereka yang boleh dianggap tidak kompeten dalam berkomunikasi menerusi media sosial. Dari sudut Bahasa pula, peratusan kekerapan pada tahap tinggi sebanyak 76.6%, manakala pada tahap sederhana ialah 22.1%. Dari sudut tingkah laku pula, tahap kompeten pada tahap yang tinggi sebanyak 86.1% manakala pada tahap sederhana ialah 13.6%. 


7
Tajuk :
PEMBANGUNAN ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM PENGGUNAAN MEDIA BAHARU
Tahun :
2021
Abstrak :

Kemunculan media baharu yang seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi perlu dilihat dari aspek yang positif walaupun wujud aspek negatif yang memberi impak kepada pembangunan masyarakat. Namun, pengamal polisi dan masyarakat perlu dipandu bagi menyediakan mereka sebagai pengguna media baharu yang matang. Penyediaan penggunaan yang berhemah diyakini boleh membantu dalam menggunakan media baharu secara terbuka (best practice) yang boleh mengurangkan sisi negatif media ini. Oleh itu, kerangka elemen patuh syariah dalam penggunaan media baharu perlu dibangunkan supaya menjadi asas dalam membina garis panduan patuh syariah dalam penggunaan media baharu. Objektif kajian ini ialah untuk menkaji dan menentukan elemen patuh syariah dalam penggunaan media baharu berdasarkan kesepakatan pakar yang mempunyai kepakaran dalam bidang media dan komunikasi Islam, akidah, syariah, dakwah, tafsir dan hadis, media dan perundangan siber, pengurusan fatwa dan digital penyiaran Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif mellaui kaedah Fuzzy Delphi dan juga Roundtable Discussion (RTD) untuk mendapatkan data. Seramai 20 informan dalam bidang telah dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel bagi menentukan kesepakatan pakar. Manakala 9 orang pakar informan turut dipilih bagi sesi RTD bagi mengesahkan tema-tema kajian menggunakan analisis tematik. Data dianalisis dengan cara triangular fuzzy number dan kedudukan elemen ditentutan mengikut proses defuzzication. Kajian ini mendapati perbincangan elemen patuh syariah dibahagikan kepada empat konstruk utama iaitu sumber maklumat, kandungan, penerima/penyampai dan medium yang digunakan. Hasil kajian mendapati setiap konstuk menunjukkan elemen yang dikenal pasti sebagai ‘DO’ (perlu dipatuhi) dan ‘DON’T’ (perlu dielakkan). Bagi konstruk kandungan dapat dibahagikan kepada 3 elemen penting yang menepati kerangka patuh syariah iaitu elemen akidah, syariah dan akhlak. Hasil kajian ini menyediakan input untuk membangunkan manual dan modul yang boleh membimbing masyarakat digital kea rah pembudayaan akhlak yang mulia dalam penggunaan media baharu berdasarkan kerangka patuh syariah. 


8
Tajuk :
KAJIAN PENGISBATAN ANAK BULAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH DAN ASTRONOMI
Tahun :
2020
Abstrak :

Umum mengetahui bahawa anak bulan memainkan peranan penting bagi menentukan kemasukan permulaan bulan Hijrah dalam Islam. Sejajar dengan arus modenisasi, teleskop yang dilekapkan dengan kamera Digital Single-Lens Reflex (DSLR) merupakan alat bantuan optik yang digunakan bagi kelancaran proses cerapan anak bulan. Melihat anak bulan melalui teleskop dan instrumen sampingan lain tidak termasuk sebagai ru’yah ‘ayniyyah, sebaliknya dikategorikan sebagai ru’yah ‘ilmiyyah. Pengimejan yang jitu diyakini mampu dihasilkan dengan menggunakan kemudahan teknologi berbanding melihat melalui mata kasar kerana keterbatasan manusia berbuat demikian. Tambahan pula para intelek yang sentiasa kompetatif dalam mendatangkan pembaharuan dari semasa ke semasa demi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan. Oleh itu, satu parameter perlu dikeluarkan sebagai panduan dan penyelarasan kepada para penyelidik dalam memastikan konsep ru’yah ‘ilmiyyah benar-benar menepati syarak. Walau bagaimanapun, anak bulan yang kelihatan melalui teknik pengimejan perlulah menepati hisab falak.

Objektif utama kajian dijangka dapat dicapai menerusi pendekatan triangulasi yang melibatkan metodologi kajian perpustakaan dan temubual berstruktur bersama pihak pakar dalam bidang fiqh dan teknikal. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengisbatan anak bulan melalui teknik pengimejan adalah harus dengan mengambil kira aspek yang telah digariskan oleh pihak berwajib seperti dengan melihat kepada keadaan anak bulan, mengikut parameter penggunaan aplikasi instrumen dan teknik pengimejan yang ditetapkan, tempat cerapan seperti yang diperkenan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja, tempoh kenampakan dan kriteria saksi. Hal ini bagi menjaga maslahah sejagat dan mencegah daripada berlakunya manipulasi, penipuan dan keraguan terhadap pengisbatan anak bulan.

 


9
Tajuk :
Penggunaan E-Wallet Mengikut Perspektif Syarak
Tahun :
2020
Abstrak :

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai kemajuan teknologi semasa telah menimbulkan isu-isu Syariah baharu yang memerlukan hukum sesuatu perkara dapat dikeluarkan secara tuntas dan pantas. Terkini, Revolusi Industru 4.0 (IR 4.0) yang menjadikan Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (lOT) sebagai tunjang utama dalam hampir kesemua aspek kehidupan menyebabkan perlunya akan penilitian teliti terhadap isu-isu Syariah yang berkaitan dengannya. IR 4.0 turut memberi kesan langsung terhadap pelbagai bidang termasuk bidang perbankan dan kewangan islam. Antara aplikasi-aplikasi terkini yang dibangunkan bagi memudahkan sesuatu urusniaga berlaku secara atas talian penggunaan konsep e-money, top up prepaid dan e-dompet atau lebih dikenali sebagai e-wallet. Syakh Mustafa al-Zarqa apabila memperkatakan tentang kepatuhan Syariah dalam perniagaan menekankan keperluan sesuatu transaksi dan pelaburan mematuhi kepatuhan Syariah secara menyeluruh.

Namun sekiranya keharusan terlibat dengan perniagaan yang strategik bercampur perkara haram, beliau masih menekankan keperluan penyucian hasil daripada transaksi terbabit. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk menjelaskan isu-isu Syariah yang timbul dalam penggunaan aplikasi e-wallet, antaranya mengenalpasti kontak-kontrak yang digunakan dalam penggunaan e-wallet yang patuh syariah dan mengkaji kesan e-wallet yang tidak patuh Syariah terhadap perbankan Islam. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu merangkumi analisis kandungan menggunakan beberapa pendekatan analisis feqah perbandingan, analisis artikel, dokumen dan kajian lepas.

Dapatan kajian mendapati, terdapat isu-isu yang agak ketara yang memerlukan perbincangan dan analisis dari perspektif Syarak seperti pengaliran wang, aliran pendapatan, aliran dana dalam akaun operator, aliran pemberian ganjaran dan akaun perbankan yang digunakan bagi menempatkan wang dari pengguna. Kajian ini mengesyorkan garis panduan aplikasi e-wallet yang memenuhi kehendak Syariah melalui tiga parameter yang dicadangkan. Walaubagaimanapun kajian ini tidak mengkaji e-wallet luar negara dan hanya mengandaikan ia mempunyai dapatan yang sama sebagaimana kajian ini.


10
Tajuk :
Kajian Anak Tak Sah Taraf dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia
Tahun :
2020
Abstrak :

Penyelidikan dan kajian yang dijalankan ini adalah untuk membuat kajian secara lebih terperinci mengenai kedudukan anak tak sah taraf di Malaysia.Anak tak sah taraf adalah anak yang lahir daripada hasil benih yang terjadi sebelum pernikahan yang sah dijalankan atau anak yang lahir di luar pernikahan atau perkahwinan yang sah. Definisi anak tak sah taraf di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah berbeza dengan definisi anak tak sah taraf dari segi syarak.

Isu anak tak sah taraf ini adalah satu isu yang masih belum menemui jalan penyelesaian yang sempurna kerana ianya melibatkan juga isu undang-undang terhadap anak tak sah taraf ini. Di Malaysia, anak tak sah taraf ini adalah anak yang tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mereka tidak memiliki dokumen yang mencukupi untuk didaftarkan. Objektif utaman penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memfokuskan kepada definisi yang sebenar mengenai anak tak sah taraf menurut syarak dan juga Perundangan Islam di Malaysia. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor utama yang menyumbang kepada penambahan kes anak tak sah taraf di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga akan mencari hasil data yang sebenar akan bilangan anak tak sah taraf yang melibatkan orang Islam di Malaysia dari tahun 2014 sehingga tahun 2018.

Objektif kajian ini dijalankan juga adalah untuk mengusulkan syor penyelesaian yang perlu digunakan bagi menangani peningkatan anak tak sah taraf dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah metodologi secara kualitatif dan kuantitatif. Metodologi kualitatif kajian ini melibatkan temu bual bersama responden, pengumpulan maklumat-maklumat daripada kitab-kitab turath serta kaedah Focus group discussion (FGD) iaitu temu bual secara berkumpulan berfokus bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan isu anak tak sah taraf ini. Selain itu, metodologi kuantitatif pula adalah maklumat yang diperolehi daripada analisis data-data yang berkaitan dengan isu anak tak sah taraf. Dengan itu, penyelidikan yang akan dijalankan terhadap kajian ini akan lebih focus dan serta dapat menghasilkan maklumat yang lebih tepat serta lebih terperinci.