1 |
Tajuk :
KAJIAN HUKUM MENGENAI KESAN PERMAINAN DIGITAL TERHADAP MASYARAKAT
Abstrak :
Muktahir ini, permainan digital
semakin luas berkembang. Kedatangan Covid-19 telah menjadikan ia sebagai satu alternative yang
mudah kerana anak-anak tidak dapat bermain di luar rumah seperti biasa. Namun
demikian, masyarakat mempunyai persepsi bahawa permainan digital memberi kesan yang
kurang disenangi dan membawa gejala yang kurang sihat. Persepsi ini adalah
sangat ketara bagi permainan digital yang dianggap ada unsur keganasan.
Justeru, kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui kesan positif dan negatif
permainan digital dan juga mengenalpasti ciri-ciri permainan digital yang
berupaya memberi kesan terhadap pemainnya. Kajian ini juga mencadangkan hukum
serta parameter yang menyeluruh dalam menangani isu-isu permainan digital
berunsurkan keganasan ini. Terdapat 3 metode pengumpulan data; pertama, kajian
perpustakaan iaitu kajian-kajian akademik berkaitan permainan digital yang
dikumpul untuk memahami teknikaliti permainan digital dan kesan-kesan permainan
terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi pemainnya. Kedua, kajian kualitatif
iaitu temubual dengan pakar psikiatri, pasikologi, agamawan, pemain industri
dan usahawan permainan digital. Temubual bersama pakar ini bertujuan untuk
mendapatkan pandangan dan cadangan kerana mereka berada di lapangan dan
berhdapan dengan keadaan semasa. Ketiga, kajian kuantitatif iaitu kaji selidik
yang dijalankan kepada pemain dan masyarakat untuk mendapatkan pandangan mereka
terhadap permainan digital.
Berdasarkan maklumat yang telah
dikumpulkan, kami menyediakan laporan bagi 4 jenis dapatan kajian. Pertama,
kajian perpustakaan (literature review) iaitu pengumpulan dapatan dari
kajian-kajian sebelumnya yang kebanyankan telah dijalankan di negara-negera
barat. Kedua, kajian soal-selidik yang dijalankan dalam kalangan pemain dan
bukan pemain di Malaysia. Ketiga, perbincangan bersama pakar dari bidang
permainan, pembangunan, perubatan dan syraiah. Akhir sekali adalah dapatan
daripada temubual bersama Mufti Wilayah Persekutuan. Secara umumnya, hukum
permainan digital yang mempunyai unsur keganasan adalah harus berasaskan dua
justifikasi iaitu, hukum asal ke atas sesuatu perkara adalah harus selagi mana
tiada dalil yang mengharamkannya, sebagaimana dinyatakan dalam kaedah fiqh dan
hadith Hanzalah RA. Namun begitu, perubahan hukum taklifi akan berlaku apabila
para pemain melanggar ciri-ciri penilaian kepatuhan yang disarankan dalam
kajian ini.
|
2 |
Tajuk :
ETIKA DAKWAH DALAM PERBAHASAN PERBANDINGAN AGAMA
Abstrak :
Kajian ini memfokuskan tentang etika atau
prinsip yang perlu ada bagi seseorang pendakwah dalam konteks perbandingan
agama. Pematuhan kepada etika dakwah ini mampu memelihara keamanan dan
perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia secara khususnya. Selain itu,
kajian ini juga berperanan untuk mengenalpasti isu-isu dan permasalahan
berkaitan dakwah yang timbul antara penganut-penganut agama. Isu-isu dan
permasalahan yang berlaku perlu diatasi dengan kebijaksanaan dalam kadar segera
sebelum menjadi lebih serius. Kajian ini juga memberi focus kepada konsep dan
prinsip etika berdakwah yang terdapat dalam ajaran Islam terutamanya berkaitan
hal ehwal perbandingan agama. Sekiranya prinsip etika dalam Islam diamalkan secara konsisten, sudah
tentu agama Islam dipandang tinggi oleh penganut agama lain. Kajian ini juga
menyentuh skop perundangan dan peraturan sedia ada dalam mengatasi scenario
semasa. Penggubalan dan penguatkuasaan undnag-undang yang tegas mampu mencegah
permasalahan antara agama ketika menyampaikan dakwah. Akhir sekali, kajian ini
juga turut mengemukakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung dan
mencegah isu-isu menghina agama yang boleh mencetuskan polemic serta konflik
anatara penganut agama lain di Malaysia.
|
3 |
Tajuk :
PENENTUAN TAHAP TANGGUNGJAWAB SYARIAH MUSLIM AUTISME
Abstrak :
Individu Muslim dianggap sebagai mukalaf dan
dipertanggungjawabkan terhadap semua kewajipan syarak setelah mencapai tahap
akil baligh, sama ada melalui mimpi atau mencapai umur tertentu yang telah
ditetapkan oleh ulama. Namun, persoalan timbul terhadap status tanggungan
syariah individu autisme sekiranya mereka melakukan perbuatan-perbuatan dosa
yang melanggar hukum syarak. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji ciri-ciri
dan kategori individu Muslim autisme, mengkaji status al-ahliyyah
individu Muslim autisme dalam menentukan tanggungjawab syariah merangkumi aspek
ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah syariah. Metodologi kajian ialah kualitatif
dengan analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur bersama responden
daripada kalangan ibubapa, guru dan individu autisme. Data terkumpul dianalisis
secara deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema bersesuaian. Hasil kajian
merumuskan Muslim yang menghidap Kecelaruan Spektrum Autisme (Autisme Spectrum
Disorder: ASD) mempunyai ciri-ciri kekurangan yang berterusan dalam interaksi
sosial dan komunikasi seperti tingkah laku yang terhad dan mempunyai minat atau
melakukan aktiviti secara berulang-ulang. Terdapat tiga kategori bagi tahap
keparahan autisme iaitu tahap 1 memerlukan sokongan, tahap 2 memerlukan
sokongan yang banyak dan tahap 3 memerlukan sokongan yang sangat banyak. Oleh itu, kajian merumuskan status al-ahliyyah
individu autisme termasuk dalam golongan ma’itu iaitu golongan yang
sedikit kefahamannya, mempunyai pertuturan yang bercampur aduk dan pengurusan
yang tidak efisien secara semulajadi. Hukumnya adalah seperti kanak-kanak kecil
yang mumayyiz iaitu mempunyai kelayakan untuk menjalankan tanggungjawab
secara tidak sempurna. Oleh itu, penghidap autisme Muslim tidak diwajibkan untuk
melakukan ibadah walaupun telah mencapai umur baligh kerana tahap akal mereka
adalah seperti kanak-kanak yang mumayyiz. Namun demikian, mereka
sewajarnya dididik untuk melakukan ibadah seharian dan tidak meninggalkannya
sekadar yang bersesuaian dengan kefahaman akal mereka kerana ibadah yang mereka
lakukan adalah sah jika memenuhi syarat-syarat ibadah berkenaan.
Dalam aspek muamalat,
mereka tidak boleh melakukan transaksi kecuali dengan pemantauan dan keizinan
ibubapa atau penjaga. Hukum pernikahan mereka adalah sah dan wali patut
mengizinkan terutama jika terdapat kecenderungan mereka untuk berkahwin dengan
syarat ada kemaslahatan kepada individu tersebut. Pandangan pakar autisme
mendapati, tanpa bimbingan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan (ikhtiyar) dan tidak memahami mengenai
kesalahan perbuatan yang dilakukan (idrak). Oleh itu, mereka layak
dikecualikan daripada sebarang hukuman di atas jenayah dan kesalahan yang
dilakukannya. Namun begitu, hakim boleh mengenakan hukuman yang berbentuk ta’dib
dengan tujuan untuk mendidik mereka supaya tidak mengulangi kesalahan yang
telah dilakukannya itu. Dari segi obligasi/tanggungjawab, jika melibatkan
hak-hak manusia, individu autisme boleh dikenakan tanggungjawab pampasan/diyat
terhadap jenayah ke atas diri. Namun demikian, pampasan dan ganti rugi tersebut
dilaksanakan oleh ibubapa atau penjaga mereka.
|
4 |
Tajuk :
Analisis Pengaruh Media Sosial dalam Pembudayaan Akhlak Remaja Digital
Abstrak :
Perkembangan
teknologi komunikasi ini telah mengubah gaya hidup remaja berbanding remaja
sebelum ini kerana kehidupan remaja kini yang sangat bergantung dengan
teknologi ini. Sungguhpun sama-sama bergelar remaja, tetapi kajian lalu
mendapati wujud jurang yang ketara antara generasi kerana tahap capaian yang
berbeza antara generasi ini dengan generasi sebelum ini. Objektif kajian ini
ialah untuk mengkaji gaya dan sikap remaja dalam berinteraksi dengan maklumat
di alam maya; mengkaji gaya dan sikap remaja dalam berinteraksi dengan orang
lain dalam alam maya meliputi gaya Bahasa dan tingkah laku. Ia juga
menganalisis tujuan dan keperluan remaja menggunakan kemudahan teknologi
komunkasi digital yang mempengaruhi akhlak mereka dalam penggunaan media
baharu. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji gaya hidup remaja dalam
penggunaan media baharu dan elemen-elemen yang memberi kesan kepada mereka.
Kajian ini, menggunakan kajian tinjauan nagi mendapatkan datadalam kalangan
remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun. Seramai 1233 responden yang
telah berjaya menjawab soal selidik dari
4 zon iaitu zon utara, selatan tengah dan timur. Kajian mendapati hampir semua
responden mempunyai capaian kepada media social dengan menggunakan telefon
bimbit sendiri iaitu seramai 1099 orang (89.1%). Oleh itu, kajian menemui responden
banyak bergantung kepada alam maya untuk mendapatkan maklumat dan majoriti
tahap interaksi maklumat berada pada tahap sederhana (67.9%) berbanding dengan
tinggi (26.1%) dan rendah (6%). Kajian menunjukkan tujuan utama responden
menggunakan media social ialah untuk berhubung sama ada dengan rakan atau ahli
keluarga. Dpaatan yang sangat tinggi ini sejajar dengan tujuan penggunaan media
social yang utama iaitu untuk berhubung. Kajian juga menemui tahap kompeten
responden dalam berkomunikasi menerusi media social berada pada tahap yang
rendah (45.4%) dan sederhana (49.3%). Ini bermakna hampir separuh mereka yang
boleh dianggap tidak kompeten dalam berkomunikasi menerusi media sosial. Dari
sudut Bahasa pula, peratusan kekerapan pada tahap tinggi sebanyak 76.6%,
manakala pada tahap sederhana ialah 22.1%. Dari sudut tingkah laku pula, tahap
kompeten pada tahap yang tinggi sebanyak 86.1% manakala pada tahap sederhana ialah
13.6%.
|
5 |
Tajuk :
Etika Dakwah dalam Perbahasan Perbandingan Agama
Abstrak :
Kajian ini memfokuskan tentang etika atau prinsip yang perlu ada bagi
seseorang pendakwah dalam konteks perbandingan agama. Pematuhan kepada etika
dakwah ini mampu memelihara keamanan dan perpaduan antara kaum dan agama di
Malaysia secara khususnya. Selain itu, kajian ini juga berperanan untuk
mengenalpasti isu-isu dan permasalahan berkaitan dakwah yang timbul antara
penganut-penganut agama. Isu-isu dan permasalahan yang berlaku perlu diatasi
dengan kebijaksanaan dalam kadar segera sebelum menjadi lebih serius. Kajian
ini juga memberi focus kepada konsep dan prinsip etika berdakwah yang terdapat
dalam ajaran Islam terutamanya berkaitan hal ehwal perbandingan agama.
Sekiranya prinsip etika dalam Islam diamalkan secara konsisten, sudah tentu
agama Islam dipandang tinggi oleh penganut agama lain. Kajian ini juga
menyentuh skop perundangan dan peraturan sedia ada dalam mengatasi scenario
semasa. Penggubalan dan penguatkuasaan undnag-undang yang tegas mampu mencegah permasalahan antara agama ketika menyampaikan
dakwah. Akhir sekali, kajian ini juga turut mengemukakan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk membendung dan mencegah isu-isu menghina agama yang boleh
mencetuskan polemic serta konflik anatara penganut agama lain di Malaysia.
|
6 |
Tajuk :
ANALISIS PENGARUH MEDIA SOSIAL DALAM PEMBUDAYAAN AKHLAK REMAJA DIGITAL
Abstrak :
Perkembangan teknologi komunikasi ini telah mengubah
gaya hidup remaja berbanding remaja sebelum ini kerana kehidupan remaja kini
yang sangat bergantung dengan teknologi ini. Sungguhpun sama-sama bergelar
remaja, tetapi kajian lalu mendapati wujud jurang yang ketara antara generasi
kerana tahap capaian yang berbeza antara generasi ini dengan generasi sebelum
ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji gaya dan sikap remaja dalam
berinteraksi dengan maklumat di alam maya; mengkaji gaya dan sikap remaja dalam
berinteraksi dengan orang lain dalam alam maya meliputi gaya Bahasa dan tingkah
laku. Ia juga menganalisis tujuan dan keperluan remaja menggunakan kemudahan
teknologi komunkasi digital yang mempengaruhi akhlak mereka dalam penggunaan
media baharu. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji gaya hidup remaja dalam
penggunaan media baharu dan elemen-elemen yang memberi kesan kepada mereka.
Kajian ini, menggunakan kajian tinjauan nagi mendapatkan datadalam kalangan
remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun. Seramai 1233 responden yang
telah berjaya menjawab soal selidik dari
4 zon iaitu zon utara, selatan tengah dan timur. Kajian mendapati hampir semua
responden mempunyai capaian kepada media social dengan menggunakan telefon bimbit
sendiri iaitu seramai 1099 orang (89.1%). Oleh itu, kajian menemui responden
banyak bergantung kepada alam maya untuk mendapatkan maklumat dan majoriti
tahap interaksi maklumat berada pada tahap sederhana (67.9%) berbanding dengan
tinggi (26.1%) dan rendah (6%). Kajian menunjukkan tujuan utama responden
menggunakan media social ialah untuk berhubung sama ada dengan rakan atau ahli
keluarga. Dpaatan yang sangat tinggi ini sejajar dengan tujuan penggunaan media
social yang utama iaitu untuk berhubung. Kajian juga menemui tahap kompeten
responden dalam berkomunikasi menerusi media social berada pada tahap yang
rendah (45.4%) dan sederhana (49.3%). Ini bermakna hampir separuh mereka yang
boleh dianggap tidak kompeten dalam berkomunikasi menerusi media sosial. Dari
sudut Bahasa pula, peratusan kekerapan pada tahap tinggi sebanyak 76.6%,
manakala pada tahap sederhana ialah 22.1%. Dari sudut tingkah laku pula, tahap
kompeten pada tahap yang tinggi sebanyak 86.1% manakala pada tahap sederhana ialah
13.6%.
|
7 |
Tajuk :
PEMBANGUNAN ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM PENGGUNAAN MEDIA BAHARU
Abstrak :
Kemunculan media baharu yang seiring dengan
perkembangan teknologi komunikasi perlu dilihat dari aspek yang positif
walaupun wujud aspek negatif yang memberi impak kepada pembangunan masyarakat.
Namun, pengamal polisi dan masyarakat perlu dipandu bagi menyediakan mereka
sebagai pengguna media baharu yang matang. Penyediaan penggunaan yang berhemah
diyakini boleh membantu dalam menggunakan media baharu secara terbuka (best
practice) yang boleh mengurangkan sisi negatif media ini. Oleh itu, kerangka
elemen patuh syariah dalam penggunaan media baharu perlu dibangunkan supaya
menjadi asas dalam membina garis panduan patuh syariah dalam penggunaan media
baharu. Objektif kajian ini ialah untuk menkaji dan menentukan elemen patuh
syariah dalam penggunaan media baharu berdasarkan kesepakatan pakar yang
mempunyai kepakaran dalam bidang media dan komunikasi Islam, akidah, syariah,
dakwah, tafsir dan hadis, media dan perundangan siber, pengurusan fatwa dan
digital penyiaran Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif mellaui
kaedah Fuzzy Delphi dan juga Roundtable Discussion (RTD) untuk
mendapatkan data. Seramai 20 informan dalam bidang telah dipilih secara
persampelan bertujuan sebagai sampel bagi menentukan kesepakatan pakar.
Manakala 9 orang pakar informan turut dipilih bagi sesi RTD bagi mengesahkan
tema-tema kajian menggunakan analisis tematik. Data dianalisis dengan cara
triangular fuzzy number dan kedudukan elemen ditentutan mengikut proses
defuzzication. Kajian ini mendapati perbincangan elemen patuh syariah dibahagikan
kepada empat konstruk utama iaitu sumber maklumat, kandungan,
penerima/penyampai dan medium yang digunakan. Hasil kajian mendapati setiap
konstuk menunjukkan elemen yang dikenal pasti sebagai ‘DO’ (perlu dipatuhi) dan
‘DON’T’ (perlu dielakkan). Bagi konstruk kandungan dapat dibahagikan kepada 3
elemen penting yang menepati kerangka patuh syariah iaitu elemen akidah,
syariah dan akhlak. Hasil kajian ini menyediakan input untuk membangunkan
manual dan modul yang boleh membimbing masyarakat digital kea rah pembudayaan
akhlak yang mulia dalam penggunaan media baharu berdasarkan kerangka patuh
syariah.
|
8 |
Tajuk :
KAJIAN PENGISBATAN ANAK BULAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH DAN ASTRONOMI
Abstrak :
Umum mengetahui bahawa anak bulan memainkan peranan penting bagi
menentukan kemasukan permulaan bulan Hijrah dalam Islam. Sejajar dengan arus
modenisasi, teleskop yang dilekapkan dengan kamera Digital Single-Lens Reflex
(DSLR) merupakan alat bantuan optik yang digunakan bagi kelancaran proses
cerapan anak bulan. Melihat anak bulan melalui teleskop dan instrumen sampingan
lain tidak termasuk sebagai ru’yah ‘ayniyyah, sebaliknya dikategorikan sebagai
ru’yah ‘ilmiyyah. Pengimejan yang jitu diyakini mampu dihasilkan dengan
menggunakan kemudahan teknologi berbanding melihat melalui mata kasar kerana
keterbatasan manusia berbuat demikian. Tambahan pula para intelek yang sentiasa
kompetatif dalam mendatangkan pembaharuan dari semasa ke semasa demi
mendapatkan hasil yang lebih memuaskan. Oleh itu, satu parameter perlu
dikeluarkan sebagai panduan dan penyelarasan kepada para penyelidik dalam
memastikan konsep ru’yah ‘ilmiyyah benar-benar menepati syarak. Walau
bagaimanapun, anak bulan yang kelihatan melalui teknik pengimejan perlulah
menepati hisab falak. Objektif utama kajian dijangka dapat dicapai menerusi pendekatan
triangulasi yang melibatkan metodologi kajian perpustakaan dan temubual
berstruktur bersama pihak pakar dalam bidang fiqh dan teknikal. Hasil dapatan
kajian mendapati bahawa pengisbatan anak bulan melalui teknik pengimejan adalah
harus dengan mengambil kira aspek yang telah digariskan oleh pihak berwajib
seperti dengan melihat kepada keadaan anak bulan, mengikut parameter penggunaan
aplikasi instrumen dan teknik pengimejan yang ditetapkan, tempat cerapan
seperti yang diperkenan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja, tempoh
kenampakan dan kriteria saksi. Hal ini bagi menjaga maslahah sejagat dan
mencegah daripada berlakunya manipulasi, penipuan dan keraguan terhadap
pengisbatan anak bulan.
|
9 |
Tajuk :
Penggunaan E-Wallet Mengikut Perspektif Syarak
Abstrak :
Penyelidikan
ini bertujuan untuk mengkaji mengenai kemajuan teknologi semasa telah
menimbulkan isu-isu Syariah baharu yang memerlukan hukum sesuatu perkara dapat
dikeluarkan secara tuntas dan pantas. Terkini, Revolusi Industru 4.0 (IR 4.0)
yang menjadikan Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (lOT)
sebagai tunjang utama dalam hampir kesemua aspek kehidupan menyebabkan perlunya
akan penilitian teliti terhadap isu-isu Syariah yang berkaitan dengannya. IR
4.0 turut memberi kesan langsung terhadap pelbagai bidang termasuk bidang
perbankan dan kewangan islam. Antara aplikasi-aplikasi terkini yang dibangunkan
bagi memudahkan sesuatu urusniaga berlaku secara atas talian penggunaan konsep e-money,
top up prepaid dan e-dompet atau lebih dikenali sebagai e-wallet.
Syakh Mustafa al-Zarqa apabila memperkatakan tentang kepatuhan Syariah dalam
perniagaan menekankan keperluan sesuatu transaksi dan pelaburan mematuhi
kepatuhan Syariah secara menyeluruh. Namun sekiranya keharusan terlibat dengan
perniagaan yang strategik bercampur perkara haram, beliau masih menekankan
keperluan penyucian hasil daripada transaksi terbabit. Penyelidikan ini juga
bertujuan untuk menjelaskan isu-isu Syariah yang timbul dalam penggunaan
aplikasi e-wallet, antaranya mengenalpasti kontak-kontrak yang digunakan dalam
penggunaan e-wallet yang patuh syariah dan mengkaji kesan e-wallet yang tidak
patuh Syariah terhadap perbankan Islam. Kajian ini dijalankan menggunakan
kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu merangkumi analisis kandungan menggunakan
beberapa pendekatan analisis feqah perbandingan, analisis artikel, dokumen dan
kajian lepas.
Dapatan kajian mendapati, terdapat isu-isu
yang agak ketara yang memerlukan perbincangan dan analisis dari perspektif
Syarak seperti pengaliran wang, aliran pendapatan, aliran dana dalam akaun
operator, aliran pemberian ganjaran dan akaun perbankan yang digunakan bagi
menempatkan wang dari pengguna. Kajian ini mengesyorkan garis panduan aplikasi e-wallet
yang memenuhi kehendak Syariah melalui tiga parameter yang dicadangkan.
Walaubagaimanapun kajian ini tidak mengkaji e-wallet luar negara dan
hanya mengandaikan ia mempunyai dapatan yang sama sebagaimana kajian ini.
|
10 |
Tajuk :
Kajian Anak Tak Sah Taraf dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia
Abstrak :
Penyelidikan dan kajian yang dijalankan ini adalah untuk membuat
kajian secara lebih terperinci mengenai kedudukan anak tak sah taraf di
Malaysia.Anak tak sah taraf adalah anak yang lahir daripada hasil benih yang
terjadi sebelum pernikahan yang sah dijalankan atau anak yang lahir di luar
pernikahan atau perkahwinan yang sah. Definisi anak tak sah taraf di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) adalah berbeza dengan definisi anak tak sah taraf dari
segi syarak. Isu anak tak sah taraf ini adalah
satu isu yang masih belum menemui jalan penyelesaian yang sempurna kerana ianya
melibatkan juga isu undang-undang terhadap anak tak sah taraf ini. Di Malaysia,
anak tak sah taraf ini adalah anak yang tidak dapat didaftarkan di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) kerana mereka tidak memiliki dokumen yang mencukupi
untuk didaftarkan. Objektif utaman penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan
untuk memfokuskan kepada definisi yang sebenar mengenai anak tak sah taraf
menurut syarak dan juga Perundangan Islam di Malaysia. Selain itu, objektif
kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor utama yang menyumbang kepada
penambahan kes anak tak sah taraf di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga
akan mencari hasil data yang sebenar akan bilangan anak tak sah taraf yang
melibatkan orang Islam di Malaysia dari tahun 2014 sehingga tahun 2018.
Objektif kajian ini dijalankan juga
adalah untuk mengusulkan syor penyelesaian yang perlu digunakan bagi menangani
peningkatan anak tak sah taraf dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Metodologi
kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah metodologi secara
kualitatif dan kuantitatif. Metodologi kualitatif kajian ini melibatkan temu
bual bersama responden, pengumpulan maklumat-maklumat daripada kitab-kitab
turath serta kaedah Focus group discussion (FGD) iaitu temu bual secara
berkumpulan berfokus bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan isu anak
tak sah taraf ini. Selain itu, metodologi kuantitatif pula adalah maklumat yang
diperolehi daripada analisis data-data yang berkaitan dengan isu anak tak sah
taraf. Dengan itu, penyelidikan yang akan dijalankan terhadap kajian ini akan
lebih focus dan serta dapat menghasilkan maklumat yang lebih tepat serta lebih
terperinci.
|