Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Wang Simpanan KWSP, SOCSO Dan Seumpamanya Bagi Ahli Beragama Islam Yang Meninggal Dunia.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.
- Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.
- Bahagian Undang-Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang yang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.