JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2025
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pandangan Hukum Muzakarah MKI


PENENTUAN HUKUM MEMAKAN DAGING KULTUR (CULTURED MEAT) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-128 yang bersidang pada 1 hingga 4 Rabiulakhir 1447H bersamaan  23 hingga 26 September 2025M telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Daging Kultur (Cultured Meat). Muzakarah telah bersetuju dan berpuas hati dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang telah dikemukakan oleh penyelidik dan berpandangan bahawa:


1. Harus sekiranya sumber sel yang digunakan berasal daripada haiwan halal yang disembelih dan medium daripada sumber halal; 


2.    Haram sekiranya:

(a)    sumber sel yang digunakan berasal daripada haiwan halal yang tidak disembelih; atau

(b)    sumber sel berasal daripada haiwan yang haram; atau

(c)    medium dan komponen biologi yang digunakan daripada sumber yang haram dan najis.

 

* Medium yang dinyatakan dalam pernyataan (c) merujuk kepada serum yang diperoleh daripada darah yang mengalir. Manakala, komponen biologi merangkumi faktor-faktor

pertumbuhan, hormon pertumbuhan, enzim-enzim yang diekstrak daripada darah; gelatin, serta pelbagai komponen biologi lain yang berperanan dalam menyokong proses pertumbuhan dan pembezaan sel.

Klik disini untuk mencetak